Laman Interaktif Mahasiswa Islam IPGM

Persatuan Mahasiswa Islam IPGM Zon Sarawak telah membangunkan satu laman interaktif untuk mahasiswa Islam IPGM.

Menerusi laman interaktif ini, para guru pelatih boleh meng upload artikel, bertaaruf sesama sendiri, memuatkan lagu, video dan berbincang berbagai- bagai perkara di forum yang disediakan.

Untuk menyertai laman interaktif ini, para guru pelatih hendaklah sign up pada laman http://halaqahipgmsarawak.ning.com/

Moderator laman interaktif berharap agar mahasiswa Islam IPGM menggunakan laman interaktif ini denga sebaiknya demi melahirkan generasi Guru berfikrah Islam, insya Allah.

Persidangan JPP IPGM Peringkat Sarawak

Persidangan JPP IPGM Zon Sarawak berlangsung pada 10-12 Mei 2009 bertempat di Eastwood Valley and Country Club di Miri.


Pada persidangan kali ini, telah diadakan sesi Perkongsian Bijak antara Biro-Biro Kerohanian dari empat buah IPGM di Sarawak yakni IPGM Kampus Tun Abdul Razak, IPGM Kampus Batu Lintang, IPGM Kampus Sarawak Miri dan IPGM Kampus Rajang Sarawak.


Setiap kampus masing- masing diwakili oleh Biro Kerohanian dan Moral, saudara Che’ Mohamad (IPGM Kampus TAR), Biro Agama dan Moral, saudara Abdul Wahab (IPGM Batu Lintang), Biro Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru, Mohd Sufri Bin Yakup (IPGM Kampus Rajang) dan Biro Hal Ehwal Islam, saudara Rusdi Rabi (IPGM Kampus Sarawak).


Hasil permuafakatan mereka dalam mesyuarat tersebut maka idea penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam IPGM Zon Sarawak terbentuk. Berikut merupakan antara resolusi- resolusi yang dikemukakan dalam Muktamar Pertama ini :

Penaiktarafan Pusat Islam IPGM Kampus TAR kepada masjid untuk memudahkan solat jumaat diadakan


Modul khas Minggu Pengurusan Pelajar Baru bagi aspek Kerohanian diadakan dan diselaraskan di bawah kelolaan Biro Kerohanian dan Moral


Modul khas Kerohanian bagi Program Bina Insan Guru diwujudkan memandangkan modul yang sedia ada tidak begitu memberansangkan dan sekadar diadakan sahaja tidak seperti Modul Khas Kembara Hutan dan Water Confident


Penganjuran Kursus Kahwin bagi semua pelajar Muslim sebagai satu langkah pengenalan tentang kehidupan berumah tangga dan satu langkah untuk mengatasi masalah couple dalam kalangan mahasiswa IPGM


Pengwujudan Persatuan Mahasiswa Islam IPGM Zon Sarawak (PERMAI) bagi menjad suara mahasiswa IPGM agar tidak terkebelakang dalam arena nasional selaras dengan hasrat BPG meningkatkan profesionalisme keguruan


Mewujudkan laman blog rasmi bagi PERMAI memaparkan segala program dan aktiviti dan karya ilmiah keagamaan mahasiswa Islam IPGM Zon Sarawak


Ketiadaan bas untuk solat jumaat bagi pelajar Islam di IPGM Kampus Sarawak apabila bas digunakan untuk program BIG


Pemansuhan AJK Surau, AJK Pusat Islam dan AJK Masjid kepada AJK PERMAI Kampus masing-masing


Usaha- usaha pemantapan dan pengemasan organisasi pelajar Islam serta surau kampus dengan program- program yang tersusun dan memberi kesan


Perlaksanaan Minggu Penghayatan Islam secara serentak di empat buah kampus


Program keilmuwan PERMAI dengan kerjasama HIKMAH, JIM dan JAIS Negeri Sarawak


Pertukaran nama Biro daripada Biro Kerohanian kepada Biro Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru selaras dengan konsep tugasan, penaiktarafan kepimpinan, kualiti dan matlamat biro ini.


Program untuk bulan Ramadhan dan Ihya Ramadhan


Kemudahan- kemudahan bagi para pelajar Islam


Pengwujudan kod etika berpakaian diwujudkan dan dilaksanakan dalam kampus sebagaimana dilaksanakan di UIAM.